The Beautiful Grey
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW

Pesanan Dari Kekasih Kita ♥

Assalamualaikum & goodmorningafternooneveningnight 

Today, i'd like to remind you all.What had our beloved Prophet Muhammad SAW *jawab salam tu :) ,advise us .Maaf english teraburr tapi saya cuba nak perbaiki :p

1- Kerapkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Bukankah lagi elok jika kita membasahkan lidah kita dengan Zikirullah,selain itu kita boleh mendekatkan diri kepada-Nya.Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya. 
2-Kerapkan menyebut akhirat daripada urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat.Tapi kenapa kita masih memikirkan dunia berbanding akhirat ?Sebab itulah Nabi Muhammad SAW berpesan supaya kita kerap menyebut akhirat berbanding dunia.Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan.
Kata Imam al-Qurtubi,Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.” 
3-Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Pernahkah kita terfikir tentang bekalan kita di akhirat kelak? cukup ke bekalan itu nanti ?
Sikap Saidina Ali patut dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa? 
4-Jangan selalu menyebut kebaikan diri & keluarga.
Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. 
Dengan menceritakan tentang aib diri & keluarga, dikhuatiri timbulnya perasaan riak & bangga diri.Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.” 
5-Jangan selalu menyebut keaiban @ keburukan orang lain.
Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.Seelok-eloknya jangan la suka bercerita tentang aib orang lain kepada orang lain,sebelum hendak bercerita tentang aib orang lain tu,cuba fikir,kalau orang lain buat pekara yang sama seperti yang kita lalukan ini,apa perasaan anda ?Renung-renungkan :)

*Lima peringatan Rasulullah S.A.W untuk kita :)Jadikan ia sebagai pedoman ketika kita melayari dunia yang fana ini. Sabda Rasulullah S.A.W ; Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat



Written by me at 22:36 | 0 Grey(s)
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>